AMARAN! Tiada aktiviti penjualan produk dalam group ini. Inin group untuk sama-sama berkongsi ilmu!
Saya Hakimi. Berat saya pernah mencecah sekitar 120 kg, dan saya telah turun ke sekitar 74 kg. Dalam group ini, saya berkongsi apa yang saya pelajari dan amalkan sepanjang perjalanan keluar daripada obesiti.
Sebagai ahli, anda akan mendapat akses kepada siri 11 video yang merangkumi konsistensi, tidur, kalori, puasa, protein, brisk walk, latihan beban dan topik lain yang saya sendiri mahu faham ketika mula berubah. Anda boleh belajar mengikut masa sendiri, bertanya soalan, berkongsi kemajuan dan mendapat sokongan daripada komuniti yang mempunyai matlamat serupa.
Nama Sihat Sampai Mati membawa maksud yang penting bagi saya: menjaga kesihatan ialah sesuatu yang kita terus usahakan sepanjang hidup. Kita bina cara hidup yang boleh diteruskan, satu langkah pada satu masa.