User
Write something
Pinned
📖 CAMBAH kini di Classroom: cuba Juz 30 secara percuma
Assalamualaikum semua, كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ (Sad 38:29) Alhamdulillah, kaedah tadabbur CAMBAH dah ada di Classroom. Setiap halaman Al-Quran dibedah begini: cerap fakta, cari pola, lihat tanasub antara ayat, rumus konsep, dan akhiri dengan satu tindakan dalam 24 jam. 🎁 Untuk semua ahli: buka CAMBAH Percuma: Juz 30. Ada 23 halaman, bermula dengan An-Naba' sampai An-Nas, iaitu surah-surah yang kita baca setiap hari dalam solat. ⭐ Untuk ahli VIP: Koleksi CAMBAH lengkap dengan 604 halaman, 30 juz, dah terbuka untuk anda. Cara mula: 1. Classroom → pilih course → lesson Apa itu CAMBAH? 2. Pilih satu halaman, baca PDF-nya (15–20 minit) 3. Kongsi di sini dengan tag #CAMBAH Format perkongsian: #CAMBAH Ms ___ Konsep yang paling kena dengan saya: ... Satu jawapan Soalan Audit: ... Tindakan 24 jam saya: ... Jom sertai Cabaran 1 Halaman Sehari. Konsisten lebih penting daripada laju 🌱
Pinned
Selamat datang
Assalamualaikum warahmatullah Selamat datang ke Komuniti Legasi Quran. Saya akan berkongsi banyak perkara pengalaman tadabbur, ebook dan video untuk semua sahabat semua. Boleh perkenalkan diri dan apa harapan di sini?
Siri CAMBAH
Ketika saya membuat persediaan untuk My #QuranTime hampir setiap malam, saya akan belajar sedikit demi sedikit isi kandung al-Quran. Apa yang saya perasan, mesej sesuatu halaman itu amat menarik dan berkait. Pelbagai ilmu dalam satu halaman al-Quran. Maka saya bina kaedah CAMBAH , iaitu Cari Mesej dengan Baca Halaman. Satu halaman itu ada idea menyeluruh untuk kita dapat faham isinya. Ada yang berminat perkongsian ini di sini ? Boleh tinggalkan komen.
Siri 40 Pelajaran Nabi Yusuf dan Nabi Musa (PYM)
Mula minggu ini, saya akan berkongsi min 40 pelajaran dari kisah Nabi Yusuf dan Nab Musa - persamaan dan perbezaan untuk panduan kehidupan kita. Saya sertakan slaid 20 pelajaran awal. Boleh download. Jika ingin info semasa tentang masa live atau minat mendapatkan rakaman, boleh klik di https://legasiquran.onpay.my/order/form/siri40my
6
0
Rasul dalam Quran
Apa pelajaran dari Quran mengenal Rasul Nabi Muhammad? Sudi kongsikan? Mengenal Rasul, Mengikut Rasul Rasulullah ﷺ ialah teladan terbaik (33:21), diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam (21:107), dan jalan mencintai Allah ialah dengan mengikuti Baginda (3:31). Cinta Rasul bukan sekadar rasa di hati. Ia diterjemahkan melalui akhlak, pilihan hidup dan kesungguhan meneladani sunnah Baginda.
1-8 of 8
powered by
Legasi Quran
skool.com/legasiquran-2172
Dekat dengan al-Quran, satu ayat pada satu masa.
Build your own community
Bring people together around your passion and get paid.
Powered by